+=+

Friday, December 2, 2011

Masjid Al Hussain Kuala Perlis


Assalamualaikum wbt semua. Dah lama Aina sepi tanpa citer yg baru di blog ni. Maaf la, sepanjang sebulan yg lepas, Aina sibuk dengan peperiksaan akhir untuk SEM 5 . Tak sempat nak menjengah ke sini . Takpe, jangan risau , skarang exam dah abes , Aina pun tengah cuti sem skarang. Tapi tak lama, 3 minggu je. heee, x kisah la... So , apa citer terbaru utk entry kali ni ek? hehehe, untuk entry kali ni , Aina nak citer tentang Masjid Al Hussain di Kuala Perlis .


Dah lamaaa sangat Aina tak balik ke kampung halaman Aina yang tercinta iaitu di Kuala Perlis . Di sini la tempat Aina membesar mengenal dunia. Bila lama sangat berada di Port Dickson , menggunung tinggi rindu Aina kat Kuala Perlis . Bila dah abes je exam, terus Aina menaiki bas untuk balik ke sini. Sesampainya Aina kat Kuala Perlis , Aina teruja sangat sebab ada sesuatu yang menarik perhatian Aina. Apa dia? Cer teka, cer teka. HEHEHHE. ok la, tak nak main lebey lebey, nanti ada yg marah. Apa yang buat Aina teruja sangat ialah tatkala mata Aina terpandang saja satu bangunan baru yang cantikkkk sangat. Apa lagi kalau bukan Masjid Al Hussain .

Masjid Al Hussain dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis . Ia terletak berhampiran dengan Jeti Kuala Perlis ; iaitu pintu masuk ke Pulau Langkawi yang dikunjungi ribuan pelancong setiap tahun. Nak siapkan masjid nie, makan masa yang lama sgt, klau tak silap dalam 3 - 4 tahun kot dengan kos yang amaaaat tinggi kira-kira RM12 juta . Dinding masjid nie tak menggunakan cat langsung tetapi hanya sekadar menggunakan batu - batuan jenis koral , kuartz , granit , marmar dan pebbles . Pendek kata , memang cantik la setiap sudut binaan masjid baru nie .


Tiang masjid akan ditenggelami apabila air pasang

Sejak Aina balik dalam seminggu ni , setiap kali masuk waktu Isya', Aina akan ikut my abah & mama berjemaah kat Masjid Al Hussein . Klau bley selama cuti sem nie Aina taknak terlepas dari berjemaah Isya' sebab bessssssst sangat solat disini. Bila Aina melangkah kaki masuk je ke dalam ruangan masjid , rasa sejuk nyaman menyentuh kulit drpd aircond yang terpasang . Apatah lagi bila tengok keindahan di dalam masjid , lagi sejuk mata yang memandang , hati yang merasa (bukan lidah,hehe) . Keliling dinding masjid tertera dengan ayat - ayat suci Al - Quran . Tulisan tulisan yang terukir di dinding kebanyakkannya menggunakan kaligrafi khufi iaitu seni ukiran dari Uzbekistan. Di puncak dalaman kubah masjid nie membulat diukir kalimah Allah sementara bahagian bawahnya bercorak bintang 5 penjuru yang melambangkan 5 Rukun Islam yang ditulis dalam 5 bahasa iaitu bahasa Melayu , Arab , Inggeris , Cina dan Tamil . Imam yang mengetuai solat berjemaah pulak bukan calang - calang orang tau . Mama Aina cakap , imamnye graduan dari Mesir . Bacaannya sedappp sangat . Wah, seronoknya... berkobar-kobar hati Aina mengimpikan sambung belajar ke Mesir suatu hari nanti. Insya Allah, doakan yer.

Selain tue , tema seni bina yang ingin ditonjolkan pada masjid nie adalah ala ala resort tropika moden . Konsep nie diterjemahkan pada laman dan suasana santai persekitarannya . Lagi bertambah indah pemandangan bila ada 3 batang pokok kurma yaang hidup subur . Pokok pokok kurma tue didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntikkan lagi elemen Asia Barat di laman masjid . Masjid nie boleh dilawati oleh orang bukan Islam. Sebab salah satu fungsinya ialah sebagai produk tarikan pelancong negeri . Jubah ada disediakan untuk menutup aurat. hmmm , mana la tau, kalau orang bukan Islam tengok, tiba tiba hati mereka tersentuh & lembut untuk mendampingi Islam. Apa salahnya kan? ok la. Ini saja yang Aina mampu kongsikan. Lenguh dah jari jari nie tekan butang butang keyboard . Tengok la gambar gambar yg ada Aina kongsikan . Jangan malu-malu . Sehingga bertemu lagi yer . Assalamualaikum wa ilal liqa'.



Dirasmikan oleh Raja Perlis , Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail






Dalaman kubah yang terukir 5 Rukun Islam dalam 5 jenis bahasa



Ruangan Solat



Dewan solat yang luas dan selesa untuk jemaah menunaikan ibadah solat - (sumber : Utusan)



Tangga masuk ke dewan solat
(waktu malam)



(waktu siang)









Ruangan masuk ke dalam masjid seperti pemandangan sebuah resort



Tiga batang pokok kurma yg didatangkan khas dari Arab Saudi mengindahkan lagi pemandangan



Dataran masjid yang mengaplikasikan konsep laman tropika. Cantik kan??


Jom kita sama sama lihat gambar masjid dari sudut & waktu yang berbeza :



Apabila air laut pasang







Apabila air laut surut



Pemandangan di waktu senja


Dihiasi dengan cahaya lampu pabila malam hari

psssst.....
SUMBER : TERIMA KASIH yang tak terhingga pada sume sumber dari google.

0 celoteh:

Post a Comment