+=+

Monday, November 14, 2011

Berakhir Sudah Minggu Kesengsaraan

Alhamdulillah, genap seminggu semenjak tercetusnya satu peristiwa yg menyebabkan aku kemurungan selama seminggu, akhirnya berakhir mlm ini. Sebelum itu, aku ucap jutaan terima kasih buat insan2 yg telah bantu dan menguatkan aku selama seminggu ini. Aku betol2 terhutang budi. Semoga Allah merahmati dan memayungi kalian di bawah rahmat dan kasih sayangnya.


Sekali lagi, aku ucapkan juga jutaan terima kasih buat kelima-lima sahabatku yg telah mengembalikan senyuman dan gelak tawaku. Walaupun apa yg berlaku sepanjang seminggu ini telah menyakiti hati antara satu sama lain, semoga dijadikan pengajaran utk kita pebetulkan kelemahan diri kita. Disini juga aku pohon kemaafan segala kekhilafan yg ada pada aku, segala kesalahan yg aku lakukan. Kerana aku juga seorang manusia biasa yg tak pernah lepas dr mlakukan kesilapan. Buat kalian semua, aku tidak pernah menyimpan dendam. Andainya ada perkara yg aku terasa hati terhadap kalian, aku sedia maaf dr awal. Sebab koranglah yg teristimewa di UNITI, yg aku kenali sejak awal permulaan pjalanan hidup kita sebagai pelajar. Dah terlalu banyak dugaan, cabaran, suka duka yg kita lalui bersama sejak semester pertama. Segalanya kita berkongsi bersama. Sampailah saat sekarag, kita ibarat satu keluarga.

Seandainya selepas ini aku melakukan kesilapan lagi samada dlm sedar atau tidak sedar, tegur lah aku. Aku terima. Jgn biarkan aku hanyut terlalu lama... Sebab aku cerewet dalam bab bab merajuk ni.hahahah. kalau dah merajuk, lama aku merajuk. hehehe. Maafkanlah aku.. maafkanlah aku.. maafkanlah aku. Jom, kita mulakan buku baru! 0-0 tau. (pssssst, I LOVE U olzzz)

Tapi.....dalam aku gembira, tiba2 hati aku tersentap dgn beberapa insan yg aku tak terpikir akan berbual sesuatu pasal aku di suatu laman. biarlah... aku lebih suka diam. Aku xnak panjangkan citer... Itu urusan dia. Mungkin diorang tu nak cuba testing kemahiran penulisan diorang... Lantak lah. Ada aku kesah? Janji aku tak cari pasal pun dgn diorang. Dan yang paling penting, aku xnak serabutkan n susahkan idop aku dgn sikap dia tu. Orang tngah hidup senang... gelak ketawa selalu kan....? itu antara dia dgn Yang di atas sana.

Apa apa pun, aku percaya, segala kesulitan atau masalah, pasti ada penyelesaian nya. segala ujian pasti ada hikmahnya. Segala kepahitan, pasti ada kemanisannya suatu saat nanti. Dan bila aku didatangi ujian, aku gembira & redha kerana Allah sayangkan aku. Allah rindukan aku. Sebab tulah dia uji aku. Alhamdulillah.

Akhir entry aku kali ni , aku nak kongsi satu hadis yg diberi oleh sahabiah ku ketika aku kemurungan seminggu ni. Hadis nya :

>>> Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman : "Pergilah pada hambaKu, lalu timpakanlah
berbagai ujian kepadanya, kerana Aku ingin dengar rintihannya." <<<

0 celoteh:

Post a Comment